fbpx

Video iklan raya SK Guar Nangka papar realiti masyarakat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar iklan raya terbitan SK Guar Nangka yang mencatatkan jumlah tontonan hampir 30,000 sejak dimuat naik pada Selasa lalu.

ARAU – Video iklan raya dihasilkan oleh Sekolah Kebangsaan (SK) Guar Nangka, Mata Ayer dekat sini berjaya memberi kesan kepada penonton di media sosial.

Video pendek berdurasi enam minit 39 saat berjudul Raya Bersama 2023 terbitan SK Guar Nangka itu dilihat mula tular dengan mencatatkan 27,000 tontonan di laman YouTube milik Halmey Hamdah walaupun hanya dimuat naik pada Ahad lalu.

Menerusi akaun HalmeyHamdah 2nd di platform TikTok pula, video sama yang dimuat naik pada hari sama mendapat lebih 16,800 tanda suka dengan lebih 2,400 perkongsian daripada netizen sehingga pukul 12 tengah hari tadi.

Rata-rata pengguna laman sosial di kedua platform itu menyatakan video pendek itu cukup terkesan dengan mesej yang disampaikan dan ia menggambarkan realiti kehidupan masyarakat khususnya di kawasan pedalaman.

Tidak kurang juga yang mengatakan sinematografi, suara dan muzik latar dalam filem pendek itu setanding dengan penghasilan video raya syarikat-syarikat korporat.

Pengarah iklan raya tersebut, Helmey Hamdah berkata, video iklan raya dihasilkan itu adalah berdasarkan pengalamannya kira-kira 20 tahun sebagai guru kaunseling berdepan dengan pelbagai masalah murid, namun diolah semula dengan elemen dramatik

“Filem pendek ini menggambarkan bagaimana usaha guru-guru sekolah mengesan punca masalah seorang murid perempuan yang tinggal hanya bersama datuknya yang uzur di sebuah rumah daif.

“Murid itu terpaksa bekerja selepas waktu sekolah demi mencari rezeki dan perkara itu dikesan guru-guru yang membuat keputusan membantu dan meraikan Aidilfitri bersama-sama,” katanya di sini hari ini.

Jelasnya, pembikinan klip video itu dibantu oleh guru-guru, ibu bapa serta komuniti dan dia turut mendedahkan lokasi penggambaran yang mendamaikan itu adalah sekitar kawasan Chuping, Padang Melangit dan Kampung Behor Inai. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI