fbpx

Suami kahwin lain guna duit isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Katherine tidak menyangka suaminya sanggup menipunya dan berkahwin dengan rakan baiknya sendiri. – TikTok

KAMPALA, UGANDA – Seorang wanita di Uganda tidak menyangka suaminya tergamak berkahwin dengan kawan rapatnya sendiri menggunakan wang yang dikirim hasil  titik peluh dia  bekerja di luar negara, lapor laman berita GH Page semalam.

Menerusi hantaran di laman TikTok, wanita yang menggunakan akaun @Katharine795 itu mendedahkan dia bekerja di Arab Saudi dan sering mengirim wang kepada suaminya setiap bulan sebagai simpanan bagi membeli rumah.

Tanpa sepengetahuan wanita itu, suaminya menggunakan wang tersebut untuk berkahwin dengan rakan baiknya sendiri dalam satu majlis pada Sabtu lalu, malah tergamak meninggalkan isterinya dan tiga anak mereka.

“Saya mengirim wang gaji kepada suami selama dua tahun dan lapan bulan untuk dia membeli tanah dan membina rumah kami. Sukar untuk mempercayai dia menggunakan duit itu untuk bertunang dan esok (Sabtu) adalah hari perkahwinan mereka.

“Hubungan selama tujuh tahun ini berakhir dengan air mata. Suami yang mempunyai tiga anak bersama saya akan berkahwin dengan rakan baik saya sendiri menggunakan wang saya,” katanya menerusi luahan tersebut.

Perkongsian itu mendapat perhatian ramai dengan pengguna media sosial lain memberikan kata-kata semangat kepada wanita berkenaan.

“Tiada masa untuk menangis. Pergi kepada suami anda dan berikan ‘pengajaran’ kepadanya. Ini tahun 2023, kita tidak ada masa untuk menangis. Beri dia pengajaran,” kata seorang netizen.

“Jangan menangis untuk manusia. Menangis kepada Tuhan, Dia akan memberi jawapan kepada anda,” ujar pengguna media sosial lain. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI