fbpx

Sarah tukar perjanjian, minta amaun melampau – Syamsul Yusof

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SYAMSUL Yusof menjelaskan situasi sebenar disebalik kisah cerai tak jadi pagi tadi.

PETALING JAYA – Pengarah sensasi Syamsul Yusof membuat pendedahan bahawa isteri pertamanya, Puteri Sarah meminta sejumlah amaun yang melampau sebagai syarat ‘dilepaskan’.

Syamsul atau nama sebenarnya, Mohd. Syamsul Mohd. Yusof berkata, pihak Sarah menukar perjanjian awal yang telah pun dipersetujui sebelum ini.

“Tiba-tiba, saya dapat ‘agreement’ baharu daripada peguamnya yang sememangnya berlainan daripada perjanjian asal.

“Pihak sana yang menukar, meminta secara berlebih-lebihan, meminta harta yang pada saya tak masuk akal.

“Sarah juga ada sebut jangan beritahu kepada orang lain apa yang dia minta. Saya takkan ‘mention’ (jumlah diminta). Sekarang ini, dia tukar cerita saya yang buat pusingan ‘u’.

“Kalau ikut perjanjian awal memang patutnya dah selesai dah — saya tarik nusyuz, saya juga nak dia tarik kes-kes terhadap isteri kedua (Ira Kazar).

“Tiba-tiba dia menukar. Itulah hakikatnya,” katanya dalam satu muat naik video terbaharu Instagram.

Sehubungan itu, pengarah filem Munafik itu menegaskan akan berjuang menuntut haknya agar semuanya selesai dengan selayalnya.

“Disebabkan Sarah tak nak capai kata sepakat baik dan tukar perjanjian asal, saya putuskan untuk ‘fight’.

“Isu Sarah sekarang kenapa tiba-tiba minta duit banyak lagi. Amaun yang diberikan itu dah lebih daripada perlu. Peguam saya tak setuju memberikan amaun yang besar tapi saya cakap tak mengapa.

“Tapi, apabila dia minta lebih lebih dan lebih lagi, kalau itu pilihan dia dan membuatkan kita tak dapat capai kata sepakat, kita terpaksa ‘fight’. Jadi, kita serahkan di mahkamah, insya-Allah,” ujarnya lagi.

Hari ini, Syamsul enggan memberi lafaz cerai terhadap Puteri Sarah berikutan tiada persetujuan mengenai beberapa terma.

Terdahulu, Puteri Sarah memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 pada 16 Januari lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI