fbpx

Sabah umum Jumaat hari kelepasan am tambahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hajiji.

KOTA KINABALU – Kerajaan Sabah mengisytiharkan Jumaat ini iaitu 21 April sebagai hari kelepasan am tambahan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, ia selaras dengan Ordinan Hari Kelepasan Am Sabah.

“Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini mengumumkan Kerajaan Persekutuan mengisytiharkan sama ada hari Jumaat atau Isnin (24 April) sebagai hari kelepasan am tambahan.

“Ia bergantung pada tarikh satu Syawal bermula,” dalam kenyataan media sebentar tadi.

Kata beliau, kerajaan negeri bagi Sabah dan Sarawak boleh mengisytiharkan hari kelepasan am pada tarikh berkenaan mengikut Ordinan Hari Kelepasan Am masing-masing. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI