fbpx

Plaza Tol Gombak sesak, ramai mula pulang ke kampung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai dilihat mula meninggalkan ibu negara untuk pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri di Plaza Tol Gombak, hari ini. - Foto oleh FARIZ RUSADIO/ KOSMO!

PETALING JAYA – Plaza Tol Gombak mula dibanjiri kenderaan bagi orang ramai pulang ke kampung halaman menyambut Aidilfitri tidak lama lagi.

Melalui tinjauan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di laman sesawang Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) mendapati kenderaan mula memasuki lebuh raya berkenaan petang ini bagi tujuan destinasi ke Pantai Timur.

Manakala, aliran trafik di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dilaporkan sesak pagi tadi kini lancar.

Menerusi kenyataan di laman Twitter LLM memaklumkan, tiada kesesakan berlaku di kawasan tersebut setakat ini.

“Trafik telah bergerak lancar dikedua-dua arah,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, pagi tadi Kosmo! melaporkan, kesesakan itu berlaku di Kilometer (Km) 11.6 dari Km 20.2 sehingga Km 31.8 ekoran kerja penurapan jalan serta penutupan lorong dilakukan di kawasan berkenaan.

Sementara itu, trafik sesak turut dilaporkan di Lebuhraya Utara-Selatan di Km 306.5 arah Selatan dari Sungai Besi ke Univeristi Putra Malaysia, berikutan kemalangan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI