fbpx

Penjaga selipar di surau R&R minta pelawat bayar RM1.50

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beberapa wanita yang menjadi penjaga sekipar di surau menunggu pelawat keluar. - TikTok

JAKARTA – Seorang lelaki di Indonesia terkejut apabila dikenakan bayaran oleh penjaga selipar di surau sebuah hentian rawat dan rehat (R&R) semasa dalam perjalanan pulang ke kampung, lapor laman berita Liputan 6 hari ini. 

Menerusi video yang dimuat naik dalam akaun TikTok @ban94ll, lelaki itu melihat ramai orang duduk di kawasan meletak selipar ketika dia keluar dari surau. 

Dia kemudian menghampiri seorang wanita yang menjaga seliparnya. 

Menurutnya, penjaga selipar di kawasan itu mengenakan bayaran antara 2,000 rupiah (RM0.60) hingga 5,000 rupiah (RM1.50).

Setelah video tersebut tular, kakitangan hentian R&R itu menegur wanita-wanita yang menjadi penjaga selipar di kawasan itu, tetapi mereka pula dimarahi. 

Kejadian itu dikatakan berlaku di daerah Cirebon.

Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Kita baru tanggalkan selipar, mereka terus sibuk nak menyusun,” komen seorang netizen.

“Ketika pulang ke kampung, kami berhenti di masjid yang sesak. Saya letak selipar, tetapi diambil seorang wanita. Akhirnya minta dibayar juga,” komen netizen lain. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN