fbpx

Pengguna Lebuh Raya KLK ‘serang’ Facebook LPT, mohon tangguh selenggara jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kesesakan di Lebuh Raya KLK yang dikongsi pengguna di laman Facebook LPT hari ini.

PETALING JAYA – Rata-rata pengguna Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) meluahkan rasa tidak puas hati kepada pengendali laluan tersebut, Anih Berhad ekoran kesesakan berlaku ketika ini.

Ia susulan kerja-kerja penyelenggaraan yang sedang dilakukan di lebuh raya terbabit sedangkan kebanyakan pengguna mula bergerak pulang ke kampung di Pantai Timur sejak semalam.

Tinjauan Kosmo! di laman Facebook Lebuhraya Pantai Timur (LPT) mendapati, pengguna mula ‘menyerang’ laman tersebut kerana ramai yang terperangkap dalam kesesakan di laluan tersebut sejak semalam.

Jelas pengguna, laluan tersebut mengalami kesesakan teruk bermula dari Plaza Tol Gombak menghala ke Bentong.

“Time (masa) nak raya baru nak selenggara jalan, bertabahlah perantau-perantau semua,” tulis Hakim Zakaria.

“Dekat-dekat nak balik kampung baru nak selenggara, bagus sangat,” tulis Mohamad Hasra.

Turut meluahkan rasa kecewa adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Halim Ismail.

“Kenapa ‘repair’ hari ni, hari ini kan ‘last’ (hari akhir) sekolah, ramai ambil anak di asrama,” katanya.

Terdahulu, LPT memaklumkan, kesesakan itu berlaku di Kilometer (Km) 11.6 dari Km 20.2 sehingga Km 31.8.

“Pantai Timur 1 (LPT 1) trafik lancar sepanjang lebuh raya di kedua-dua hala,” kata di laman Facebook. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI