fbpx

Pemandu kereta penyebab kemalangan di Lebuh Raya Persekutuan dicari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video, kereta yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 19 Lebuhraya Persekutuan.

PETALING JAYA – Polis sedang mengesan pemandu yang memandu kenderaan secara melulu hingga menyebabkan kemalangan di Kilometer 19 Lebuh Raya Persekutuan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, kejadian tersebut dikesan pihaknya selepas sebuah video berhubung kejadian berkenaan tular di media sosial, hari ini.

“Siasatan awal mendapati pemandu kereta tersebut disyaki memandu laju sehingga hilang kawalan dan terbabas melanggar pembahagi jalan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Mohamad Fakhrudin meminta orang ramai mempunyai maklumat berhubung kejadian tersebut menghubungi balai polis berdekatan atau berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat Trafik Inspektor M. Sivan di talian 017-3290749 atau 03-9662222. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI