fbpx

Op Lancar bermula hari ini fokus laluan sesak – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Dalam memastikan kelancaran perjalanan pengguna jalan raya sempena Aidilfitri ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melaksanakan Op Lancar pada 18 dan 19 April memberi fokus kepada laluan dijangka mengalami kesesakan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, PDRM turut mengadakan Op Selamat 20 yang akan dilaksanakan selama tujuh hari bermula Khamis ini dengan tema ‘Rumah Selamat, Selamat Sampai ke Destinasi’.

“Bagi tujuan ini, PDRM juga akan bekerjasama dengan agensi-agensi lain termasuk Jabatan Sukarelawan (RELA) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) untuk memastikan laluan-laluan ‘hotspots’ seperti susur masuk dan keluar di plaza tol tidak mengalami kesesakan lalu lintas,” katanya ketika sidang akhbar khas di Putrajaya hari ini.

Selain itu beliau turut mengumumkan, Kadar Khas Bayaran Saman bermula 21 April sehingga 21 Mei depan bagi semua saman kesalahan trafik PDRM bagi tahun 2022 dan sebelumnya.

“Setiap saman boleh dilunaskan dengan kadar harga RM50 dan kadar khas ini tidak terpakai bagi saman trafik yang dikeluarkan pada tahun 2023.

“Walaupun begitu, PDRM komited untuk terus memastikan keselamatan jalan raya pada tahap yang optimum terutamanya pada musim perayaan,” ujarnya.

Dalam  masa sama, bagi memberi kecerian kepada banduan penjara menjelang Aidilfitri ini, Anwar turut mengumumkan pelepasan Orang Bebas Berlesen (OBB) di bawah Program Pelepasan Banduan Secara Berlesen.

“Pelepasan ini dilaksanakan di seluruh institusi Penjara Malaysia melibatkan pelepasan lebih 1,000 penghuni sepanjang bulan Ramadan dan Syawal,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI