fbpx

Mahkamah: Lelaki tikam isteri hingga mati didakwa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jedu (dua dari kanan) ketika keluar dari Mahkamah Majistret Kota Kinabalu hari ini. -Foto oleh IVAN AMIRUL/ KOSMO!

KOTA KINABALU – Seorang lelaki yang ditahan ekoran disyaki menikam isterinya hingga mati di gerai sayur Kepayan, baru-baru ini dihadapankan ke Mahkamah Majistret Kota Kinabalu, di sini hari ini.

Jedu Rudu, 42, berwarganegara Indonesia dituduh membunuh Suria Woade, 42, yang juga warganegara sama pada 8 April dalam gerai sayur terletak di Jalan Pahlawan antara pukul 1 hingga 2.21 pagi.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh di hadapan Majistret Jessica Ombou Kakayun.

Sementara itu, tarikh sebutan semula kes kemudianya ditetapkan pada 15 Mei depan.

Jessica juga mengarahkan Jedu ditahan reman sementara menunggu sebutan semula kes berikutan pertuduhan yang dihadapinya tidak menawarkan sebarang ikat jamin.

Pendakwaan kes itu dikendalikan Inspektor Alber Basiri manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, kejadian itu dikatakan berlaku ketika mangsa sedang membantu kakaknya menjual sayur di pasar berkenaan.

Suspek tiba-tiba datang dan menikam mangsa beberapa kali menggunakan pisau sebelum melarikan diri.

Suspek kemudiannya berjaya ditahan pada hari yang sama dan pihak polis turut berjaya merampas senjata yang digunakan untuk menikam mangsa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI