fbpx

Internet tambahan percuma, pulangan tunai sempena Aidilfitri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fahmi.

PETALING JAYA – Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) menawarkan kuota Internet tambahan percuma dan pulangan tunai kepada pengguna pakej prabayar sempena Hari Raya Aidilfitri bagi tempoh tertentu hingga 31 Mei 2023.

Inisiatif itu disediakan secara kerjasama strategik melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan syarikat-syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi iaitu Maxis, CelcomDigi, Unifi mobile, Umobile dan YES.

Menterinya, Fahmi Fadzil berkata, pengguna Maxis dapat menikmati bonus 100GB dengan pelan Internet HotlinkMU tertakluk pada tempoh sah laku pas yang dibeli dan sah hingga 15 Mei ini.

Selain itu, katanya, pengguna CelcomDigi pula menikmati pelan video HD 555GB dengan RM5 untuk melayari video selama empat hari dan sah hingga 15 Mei.

“Bagi pengguna Unifi Mobile pula ditawarkan pulangan tunai RM5 dengan pelan Internet prabayar 4G/5G serta RM35 data 4G dan 5G tanpa had dan panggilan tanpa had selama 30 hari yang sah hingga 5 Mei.

“Untuk pengguna prabayar Umobile, kita beri bonus 10GB dengan pelan pakej Perpaduan dan sah hingga 31 Mei manakala YES akan mendapat bonus 44GB dengan tempoh sah laku selama tujuh hari hingga 15 Mei nanti,” jelasnya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Fahmi, kemudahan yang disediakan tertakluk kepada terma dan syarat syarikat penyedia perkhidmatan dan para pelanggan dinasihati untuk menghubungi penyedia perkhidmatan masing-masing bagi mendapatkan maklumat lanjut.

“Usaha kerajaan dan semua syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi yang terlibat ini selari dengan konsep Rah,ah dalam meringankan kos sara hidup serta sentiasa mengutamakan kebajikan rakyat.

“Diharapkan kemudahan ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh para pengguna pakej prabayar sempena musim perayaan ini,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI