fbpx

Kanak-kanak perempuan 7 tahun ditemui didera, dirogol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

LUMUT – Seorang kanak-kanak perempuan yang ditemui dalam keadaan tidak terurus di tepi jalan dekat sini, semalam, didapati rupa-rupanya menjadi mangsa dera dan rogol.

Pemangku Ketua Polis Daerah Manjung, Deputi Superintendan Chong Boo Khim berkata, kanak-kanak berusia tujuh tahun itu ditemui seorang lelaki tempatan kira-kira pukul 11.50 pagi sebelum membawanya ke balai polis.

“Mangsa yang dalam keadaan tidak terurus dan kusut masai ketika ditemui, dihantar ke Hospital Seri Manjung (HSM) untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Mangsa dijumpai dalam keadaan tidak terurus dan kusut masai ketika kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, hasil pemeriksaan perubatan di HSM mempercayai mangsa telah dirogol dan terdapat kesan kecederaan lama dan baharu pada tubuhnya.

Beliau memaklumkan, berdasarkan laporan itu, sepasukan pegawai polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Daerah menahan dua lelaki dan seorang wanita yang disyaki terlibat dengan kes tersebut.

Jelasnya, ketiga-tiga mereka ditahan di pekarangan sebuah balai polis di daerah Manjung kira-kira pukul 9.30 malam tadi.

Terangnya lagi, kesemua mereka berusia antara 26 hingga 40 tahun didapati mempunyai rekod jenayah lampau.

Mereka direman mulai hari ini sehingga 23 April untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 dan Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI