fbpx

JPJ Perak kutip RM6 juta bidaan nombor pendaftaran AMY

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohammad Nizar (tengah) menyempurnakan gimik perasmian di Majlis Pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya Aidilfitri Peringkat negeri Perak di Mydin Meru, Ipoh hari ini. - Foto oleh MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA / KOSMO!

IPOH – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak mengutip hasil bidaan lebih RM6 juta bagi siri nombor pendaftaran AMY selama empat hari bermula 9 April hingga 13 April lalu.

Pengarah JPJ Perak, Mohammad Yusoff Abustan berkata, AMY 1 menjadi nombor paling mahal dibida melalui pelaksanaan Sistem Bidaan Nombor Pendaftaran Kenderaan Dalam Talian (JPJeBid) itu dengan bidaan tertinggi bernilai RM400,000.

“AMY ini mengatasi siri nombor pendaftaran AMG. Bagi AMY ini, saya lihat trend macam orang mempunyai banyak duit kerana hampir semua nombor-nombor popular telah dibida.

“Ada 16 sahaja nombor popular yang berbaki,” katanya kepada pemberita Majlis Pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya Aidilfitri Peringkat negeri di Mydin Meru di sini hari ini.

Menurutnya, bagi siri nombor pendaftaran AMY 1 sehingga AMY 9 harga bidaanya melebihi RM80,000.

“Saya bagi contoh, nombor satu hingga sembilan, melebihi RM80,000 dan jangan terkejut di antara nombor tersebut ada satu nombor bernilai RM400,000,” katanya.

Sebelum ini, nombor siri pendaftaran kenderaan di Perak, AKU 8055 yang boleh membawa maksud AKU BOSS dibida pada harga RM207,898.90. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI