JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan senario seorang lelaki memberi alasan ingin mengisi air kepada isterinya supaya dapat keluar melepak bersama rakan-rakan, lapor laman berita Liputan 6 semalam.
Video yang dimuat naik dalam akaun TikTok @bodoamat_10 itu memaparkan sekumpulan lelaki sedang melepak di sebuah kedai.
Seorang lelaki berbaju hitam yang menaiki motosikal kemudian tiba dan menghampiri meja rakan-rakannya. Dia membawa botol air minuman bersaiz besar.
Lelaki itu dikatakan sudah berkahwin dan menjadikan botol air tersebut sebagai alasan supaya dapat melepak bersama rakan-rakannya.
“Membawa botol air adalah strategi saya wkwk,” demikian kapsyen video tersebut.
Kejadian itu dikatakan berlaku di Cilacap, Jawa Tengah.
Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.
“Bila isterinya menonton video ini, dia tidak akan percaya lagi, (pada suaminya)” komen seorang netizen.
“Bila balik rumah, dia lupa beli air,” komen netizen lain. – Agensi