fbpx

Impian Arsenal buru kejuaraan EL makin perit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BUKAYO SAKA gagal menyempurnakan sepakan penalti ketika Arsenal seri 2-2 dengan West Ham pada aksi EPL di Stadium London kelmarin. - AFP

LONDON – Pengurus Arsenal, Mikel Arteta kecewa menyaksikan anak-anak buahnya hilang arah selepas mendahului dua gol ke atas West Ham United sebelum seri seri 2-2 pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) kelmarin.

Bagaimanapun, Arteta, 41, enggan menuding jari terhadap keciciran dua mata berharga itu disebabkan kegagalan Bukayo Saka menyempurnakan sepakan penalti dalam aksi di Stadium London tersebut.

Sebaliknya, beliau mahukan kesemua pemainnya mengambil tanggungjawab tersebut memandangkan Arsenal kini hanya berkelebihan empat mata dengan Manchester City di tangga kedua yang memiliki satu perlawanan dalam tangan.

“Sangat mengecewakan selepas bermula dengan begitu cemerlang dan menguasai perlawanan sehingga menjaringkan dua gol. Kemudiannya, semua berubah dan pemain seperti tiada tujuan meneruskan permainan.

“Kami memberikan mereka harapan untuk bangkit apabila memberikan sepakan penalti yang tidak sewajarnya. Sepatutnya pemain perlu berusaha mencari gol ketiga dan keempat tetapi saya tidak melihatnya berlaku.

“Saka gagal sempurnakan sepakan penaltinya tetapi ada ramai lagi pernah berdepan situasi ini. Ia bukan punca keputusan seri kerana sepatutnya kami bermain lebih bagus selepas 30 minit pertama,” kata Arteta.

Arsenal mendahului 2-0 seawal 10 minit pertama menerusi Gabriel Jesus dan Martin Odegaard tetapi West Ham bangkit mengikat kedudukan hasil jaringan Said Benrahma serta Jarrod Bowen.

Biarpun berkelebihan empat mata di puncak tetapi The Gunners masih perlu bertemu City dalam dua aksi liga berikutnya di Stadium Etihad pada 27 April ini yang dilihat mampu menentukan kejuaraan EPL musim ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI