fbpx

Ibu mentua salah faham, Puteri Sarah beraya di Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PUTERI Sarah menjelaskan, berlaku salah faham dengan ibu mentuanya yang sebelum ini memaklumkan dia akan menyambut Syawal di luar negara.

KUALA LUMPUR – Pelakon Puteri Sarah menafikan bakal meraikan hari lebaran di luar negara seperti dikongsikan oleh ibu mentuanya, Datin Patimah Ismail.

Sebaliknya, Sarah menganggap perkara tersebut adalah salah faham yang berlaku antaranya dan ibu mentua.

“Tiada (ke luar negara). Saya akan beraya di sini sahaja. Mungkin apa yang dia cakap itu kenyataan tahun lalu.

“Sebab tahun lepas saya beraya di Mekah,” katanya kepada Kosmo! Online.

Dalam pada itu, Sarah yang hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur menggayakan busana baharu serba putih ibarat pengantin pagi tadi tampil dengan bersemangat untuk proses lafaz cerai.

Terdahulu, Patimah meluahkan rasa sedih apabila Puteri Sarah bakal meraikan Aidilfitri di luar negara bersama dua anaknya, Syaikhul Islam dan Sumayyah.

Patimah bagaimanapun tidak memperincikan tarikh dan destinasi mereka sama ada ‘terbang’ selepas hari raya pertama atau sebelum Syawal. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI