fbpx

Angkatan Tentera Malaysia jadi sebutan di Turkiye

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad menyampaikan sijil penghargaan kepada wakil setiap elemen perkhidmatan yang menjayakan Misi Op Starlight II di Wisma Perwira ATM di ibu negara hari ini. Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR/ KOSMO!

KUALA LUMPUR – Nama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menjadi sebutan dalam kalangan pimpinan kerajaan Turkiye.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, ia ekoran kecemerlangan pasukan itu membantu mangsa gempa bumi di negara berkenaan.

“Saya ucap tahniah kerana bertugas dengan cemerlang, mengharumkan nama negara dalam membantu Turkiye yang memerlukan bantuan ketika itu.

“Nama pasukan tentera kita jadi sebutan kepimpinan negara Turkiye. Kita hantar bantuan walaupun dalam keadaan tidak menentu dan (ATM) dapat jalankan tugas dengan baik,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penghargaan Petugas Op Starlight II Bersama Menteri Pertahanan di Wisma Perwira ATM di sini hari ini.

Misi Op Starlight II Hospital Medan Malaysia (HMM) di Celikhan, Adiyaman, Turkiye bermula pada 15 Februari lalu melibatkan seramai 110 pegawai dan anggota Kor Kesihatan Diraja.

Sepanjang melaksanakan operasi HMM selama enam minggu, seramai 2,415 pesakit telah dirawat termasuk 83 kes pembedahan.

Gempa bumi kuat bermagnitud 7.8 menggegarkan tengah Turkiye dan barat laut Syria awal Februari lalu mengorbankan banyak nyawa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI