fbpx

Anggap baki perlawanan ibarat final – Ten Hag

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANTONY menjaringkan gol pembukaan ketika membantu United menewaskan Nottingham Forest 2-0 pada aksi EPL awal pagi semalam.

MANCHESTER – Pengendali Manchester United, Erik ten Hag mahu anak-anak buahnya menganggap semua baki perlawanan musim ini seperti final selepas berjaya menewaskan Nottingham Forest 2-0 pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi semalam.

Pada perlawanan di ­Stadium City Ground itu, skuad The Red Devils tidak mempunyai masalah untuk mengutip tiga mata berharga hasil jaringan Antony dan Diogo Dalot sekali gus mengukuhkan cengkaman di kedudukan ketiga liga.

Kata Ten Hag, kemenangan tersebut sangat positif dalam memastikan pasukan dapat meraih momentum sebelum mengalihkan tumpuan pada aksi Liga Europa dan Piala FA minggu ini.

“Kita masih perlu mengharungi tiga kejohanan dan saya mahu pasukan fokus satu perlawanan ke satu perlawanan. Kita tidak boleh terlalu mendabik dada dengan prestasi semasa kerana anda boleh dihukum seperti ketika seri dengan Sevilla minggu lalu.

“Seperti yang saya katakan sebelum ini, setiap mata adalah berharga apabila saingan memasuki penghujung musim dan saya anggap semua seperti aksi final. Wajar buat pemain kekalkan tumpuan penuh bagi melakar kemenangan,” katanya.

Sementara itu, pengendali import dari Belanda itu turut memuji impak yang dipamerkan oleh Antony apabila berjaya meledak satu gol selain membantu jentera serangan dengan mencipta ruang dan peluang buat pasukan lawan.

“Ramai pihak yang telah mengkritik Antony sebelum ini kerana dia hanya bagus ketika melakukan skil tetapi gagal menjaringkan gol dengan konsisten. Namun, saya lihat dia bekerja dan komitmen yang diberikan sepanjang perlawanan sangat positif,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI