fbpx

Utama keselamatan di rumah elak kebakaran menjelang Aidilfitri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saadon melepaskan konvoi sempena Kempen Keselamatan Musim Perayaan JBPM Pulau Pinang di pusat beli-belah Mydin Bertam di Kepala Batas, Pulau Pinang hari ini. Foto oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN / KOSMO!

SEBERANG PERAI – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) memberi tumpuan khusus terhadap keselamatan kebakaran di rumah dalam kalangan masyarakat bagi mengurangkan risiko bencana menjelang musim perayaan Aidilfitri.

Pengarahnya, Saadon Moktar berkata, keprihatinan yang diterapkan dalam diri individu dapat memastikan keselamatan diri dan keluarga lebih terjamin.

“Kami kena beri lebih tumpuan keselamatan kebakaran di rumah kerana berbanding premis perniagaan, kita boleh kawal menerusi pelaksanaan undang-undang, saman dan notis jika mereka ingkar.

“Walau bagaimanapun, berbeza pula senario di kediaman dan kami perlu meningkatkan kepekaan penghuni menerusi taklimat dan kempen yang dilaksanakan.

“Justeru, kita akan perhebatkan lagi kempen ini bagi memastikan bencana kebakaran dapat dikurangkan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kempen Keselamatan Musim Perayaan JBPM Pulau Pinang di pusat beli-belah Mydin Bertam di Kepala Batas.

Saadon berkata, berdasarkan statistik dari awal tahun sehingga hari ini, sebanyak 724 kes kebakaran direkodkan di negeri ini.

“Selain itu, bagi Ops Raya tahun lalu, sebanyak 216 kes kebakaran dicatatkan berbanding 157 kes pada tahun 2021 dan kita kesan ada berlakunya peningkatan kes apatah lagi baru-baru ini berlakunya kebakaran yang mengakibatkan kehilangan nyawa tiga individu.

“Justeru, masyarakat dinasihatkan berwaspada dan jangan lakukan pembakaran secara terbuka kerana cuaca panas serta angin kuat boleh menyebabkan api merebak dengan pantas,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI