PETALING JAYA – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan berangkat ke majlis berbuka puasa bersama para pengamal media di Istana Polo, Pasir Pelangi, Johor Bahru, Johor semalam.
Berangkat sama mengiringi baginda pada majlis berbuka puasa itu ialah Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Antara pengamal media yang hadir termasuk ketua-ketua pengarang, editor-editor dan ketua-ketua pegawai eksekutif media.
Turut hadir pada majlis tersebut adalah Pengarah Urusan dan Pengarang Kumpulan Media Mulia, Mohamad Azlan Jaafar.-KOSMO! ONLINE.