MADRID – Bintang bola sepak Portugal, Christiano Ronaldo enggan memenuhi permintaan kekasihnya, Georgina Rodriquez supaya membeli beg jenama mewah untuk dirinya, kata Georgina seperti dilaporkan portal berita The News International hari ini.
“Saya meminta beg tangan sama seperti yang saya ada tetapi saiznya lebih besar. Dia (Ronaldo) memberitahu saya, dia enggan (membelinya). Saya tidak akan membelinya untuk awak,” kata Georgina yang merupakan pesohor media sosial berusia 29 tahun dalam wawancara bersama program televisyen Sepanyol, El Hormiguero baru-baru ini
Wanita itu kemudian memberitahu: “Baiklah, saya akan membelinya sendiri.”
Bagaimanapun, ada laporan menyatakan bahawa Ronaldo, 38, enggan memenuhi permintaan kekasihnya disebabkan Georgina sudah pun mempunyai terlalu banyak beg.
Wanita itu sebelum ini berkata, dia memiliki kira-kira 150 beg tangan mewah.
Model wanita itu telah memberikan peminat -peminatnya gambaran unik tentang kehidupan mewahnya bersama Ronaldo dalam musim terbaru siri Netflix berjudul ‘I am Georgina.’
Ronaldo dan Georgina yang menjadi pasangan kekasih sejak 2017, dilaporkan sedang mengalami masalah dalam hubungan mereka.
Bintang bola sepak Portugal itu dikatakan tidak berpuas hati dengan sikap teman wanitanya.
“Dia kesal dengan sikap Georgina dan merasakan dia mementingkan diri sendiri”, lapor portal berita El Futbolero. – Agensi