fbpx

Pusat Astronomi Antarabangsa ramal Aidilfitri Sabtu ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anak bulan Syawal dijangka tidak akan kelihatan pada Khamis ini di negara-negara Arab. - Foto Canva

DUBAI, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) – Hari Raya Aidilfitri boleh jatuh pada Sabtu ini, demikian menurut Pusat Astronomi Antarabangsa (IAC),  namun tarikh sebenar akan disahkan berdasarkan penampakan anak bulan, lapor portal berita Arabian Business semalam.

“Negara-negara dunia Islam akan melihat anak  bulan Syawal (Aidilfitri 1444 Hijrah) pada Khamis, 20 April 2023 Masihi. Melihat anak bulan pada Khamis ini adalah mustahil dengan menggunakan mata kasar dari mana-mana sahaja tempat  di dunia Arab dan Islam,” kata IAC  dalam satu kenyataan di Twitter.

“Penampakannya masih sangat sukar dan memerlukan teleskop yang tepat, pemantau profesional dan cuaca yang luar biasa. Bagaimanapun, gabungan faktor ini jarang berlaku. Justeru, adalah tidak dijangka anak bulanakan kelihatan pada hari berkenaan walaupun menggunakan teleskop dari mana-mana tempat di dunia Arab.

“Justeru, prinsip penampakan anak bulan sebagai syarat permulaan Syawal sekali gus Hari Raya Aidilfitri jatuh pada hari Sabtu, 22 April,” tambah IAC.

Pusat astronomi itu juga menjelaskan dalam kenyataan Twitter yang lain bahawa tarikh jangkaan untuk Hari Raya Aidilfitri itu adalah berdasarkan maklumat astronomi. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI