PARIS – Detik pelancaran roket milik Agensi Angkasa Lepas Eropah (ESA) dalam misi ke Planet Musytari Jumaat lalu menjadi perhatian ramai apabila seekor sloth mencuri perhatian dengan muncul secara tiba-tiba di sebalik semak-samun di hadapan pad pelancaran, lapor laman berita Fox 35.
Ketika liputan pelancaran disiarkan secara penstriman live, haiwan yang bergerak amat perlahan itu muncul di hadapan kamera.
“Selain pelancaran roket, figura ini (sloth) pastinya menjadi ‘bintang utama’ dalam siaran langsung ESA,” kata Dr. Nadia Drake daripada e-majalah, Quanta Magazine.
ESA kemudian menjawab komen Drake dalam hantarannya di laman media sosial dengan berkata: “Meskipun kita memberi perhatian kepada roket dan kapal angkasa, kami bersetuju (sloth mencuri perhatian).”
Rakaman pelancaran tersebut menunjukkan kapal angkasa Jupiter Icy Moons Explorer (JUICE) dilancarkan menggunakan roket Ariane 5 dari kemudahan ESA di Guiana Perancis.
Bagi tempoh dua setengah minggu akan datang, JUICE akan menggunakan pelbagai antena dan instrumen yang akan mengkaji persekitaran Musytari dan di bawah permukaan bulan beraisnya. – Agensi