fbpx

Masjid, surau disaran solat hajat mohon keamanan di Sudan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Masjid dan surau di Wilayah Persekutuan dimohon melaksanakan solat hajat dan doa selamat bagi memohon agar ketegangan di negara Sudan dapat dihentikan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im berkata, solat hajat dan doa selamat itu disaran diadakan pada hari ini.

Menurutnya, ia termasuk di bawah masjid dan surau seliaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) iaitu Masjid Negara, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dan masjid seliaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

“Marilah bersama-sama kita mendoakan keselamatan dan kesejahteraan kepada saudara-saudara kita di negara Sudan,” katanya menerusi kenyataan akhbar tadi.

Sudan kini bergolak akibat perang saudara meletus semula melibatkan pasukan tentera Sudan dengan militia separa tentera, Rapid Support Forces (RSF) di ibu kota dan bandar-bandar besar.

Ekoran ketegangan itu, Wisma Putra semalam mengadakan mesyuarat dengan pelbagai agensi termasuk Petronas, untuk meneliti langkah keselamatan rakyat Malaysia di negara berkenaan.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI