fbpx

Mangsa lecur disambar pelita belum sedar, minum susu guna tiub

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SITI AISYAH (kiri) bersama dua anak lelakinya Adam Akmal (depan, kiri) dan Adam Adli (depan, kanan) di lokasi Nur Zatil Hidayah disambar api di Kampung Senara, Kubur Panjang, Pendang baru-baru ini.

SUNGAI PETANI – Tiada yang lebih menggembirakan hati seorang ibu apabila anak perempuannya berusia empat tahun mula menunjukkan reaksi positif dan sudah diberi minum susu selepas enam hari dalam keadaan kritikal.

Nur Zatil Hidayah Mohd.Tarmizi, 4, adalah kanak-kanak yang melecur sebahagian badan dipercayai disambar api pelita ketika bermain mercun dan bu­nga api di rumahnya di Kampung Senara, Kubur Panjang, Pendang pada Selasa minggu lalu.

Ibu mangsa, Siti Aisyah Hasan, 33, berkata, anak ketiga daripada empat beradik itu sudah menunjukkan perkembangan positif.

“Walaupun masih ditidurkan tetapi Zatil telah boleh menerima susu yang disalur melalui tiub berbanding sebelum ini apabila dia akan muntah setiap kali diberi susu oleh kakitangan Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.

“Alhamdulillah, sejak dua hari lalu dia telah boleh menerima susu yang diberi bagi mengganti makanan walaupun masih tidak sedarkan diri kerana ditidurkan.

“Kami bersyukur kerana dia kini boleh minum susu yang secara langsung memberinya tenaga bagi memudahkan urusan rawatan seterusnya,” katanya yang dihubungi semalam.

NUR ZATIL HIDAYAH yang melecur di bahagian badan.

Ujar Siti Aisyah, pihak hospital turut memaklumkan anaknya itu masih dipantau rapi dan akan dimaklumkan perkembangan kesihatannya dari semasa ke semasa menyebabkan mereka sekeluarga tidak lagi terlalu bimbang.

Dalam kejadian pada pukul 10.30 malam itu, Nur Zatil Hidayah melecur 46 peratus pada anggota badan.

Insiden berlaku ketika mang­sa bermain mercun mancis dan bunga api bersama dua abangnya iaitu Adam Akmal, 7, dan Adam Adli, 10.

Mangsa merupakan anak pe­rempuan tunggal pasangan Siti Aisyah dan Mohd. Tarmizi Man, 36, itu dipercayai terkena minyak tanah sebelum api marak me­nyambarnya kerana ketika itu dia memakai baju-T jenis nilon.

Dalam perkembangan lain, Siti Aisyah berharap netizen menghentikan penyebaran gambar anaknya yang cedera semasa kejadian di media sosial.

“Kami telah membuat laporan polis pada Khamis lalu kerana tidak berpuas hati dan terkilan gambar mangsa dalam keadaan cedera parah disebarkan tanpa kebenaran.

“Ini kerana, kami turut mene­rima kecaman daripada netizen kerana sengaja mendedahkan anak kepada bahaya sedangkan kejadian sebenar masih dalam siasatan polis,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI