fbpx

Luahan pembaca: Gadai nyawa lintas di zebra crossing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah kenderaan tidak berhenti ketika lampu isyarat merah di Jalan Barat, Petaling Jaya baru-baru ini.

Saudara pengarang,

Kemudahan lampu isyarat sepatutnya memudahkan pengguna sama ada pemandu kenderaan, penunggang motosikal dan pejalan kaki.

Namun, apa yang menyedihkan ada pihak yang seolah-olah mengabaikan kemudahan itu dengan melanggar lampu merah iaitu isyarat untuk berhenti.

Meskipun banyak program kesedaran keselamatan jalan raya dilaksanakan, namun masih ada pengguna jalan raya yang memandang enteng mengenai lampu isyarat merah.

Tindakan mereka yang tidak memberhentikan kenderaan, pastinya mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya yang lain termasuklah pejalan kaki.

Saya sendiri berdepan dengan situasi apabila nyaris dilanggar pemandu kereta dan penunggang motosikal yang degil tidak memberhentikan kenderaan masing-masing sewaktu lampu isyarat merah.

Kejadian itu berlaku hampir setiap hari di lampu isyarat Jalan Barat, Petaling Jaya, Selangor yang mana pengguna kenderaan ‘bebas’ bergerak tanpa menghiraukan pejalan kaki yang melintas di lintasan belang (zebra crossing).

Situasi ini sudah pastinya mengundang bahaya kepada kedua-dua pihak dan boleh menyebabkan risiko maut sekiranya ia dipandu laju di kawasan tersebut.

Justeru saya amat berharap pihak yang berkaitan supaya dapat mengambil tindakan sewajarnya kepada mereka yang melanggar peraturan jalan raya.

Selain itu, antara inisiatif lain yang boleh dilaksanakan adalah pemasangan televisyen litar tertutup (CCTV) bagi memantau pemandu degil yang melanggar lampu merah atau memandu laju di garisan belang di kawasan tersebut.

Kemudahan lampu isyarat tersebut sepatutnya memudahkan orang ramai, tetapi kini ibarat ‘perangkap maut’.

Diana
Petaling Jaya, Selangor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI