fbpx

Kuota wajib siar animasi Malaysia mungkin diwujudkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fahmi melawat pameran selepas sesi town hall bersama industri kreatif di Cyberjaya hari ini. Foto oleh FAISOL MUSTAFA/ KOSMO!

CYBERJAYA – Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) bersedia untuk mewujudkan peraturan khas bagi mewajibkan stesen televisyen tempatan menyiarkan animasi Malaysia.

Menterinya, Fahmi Fadzil berkata, garis panduan itu dilihat seumpama skim Wajib Tayang untuk filem tempatan yang disiarkan di semua pawagam negara ini sejak 2005.

“Saya bersetuju dan secara prinsip menyokong syor itu kerana satu polisi sedemikian perlu dipertimbang agar hasil animasi kita dapat ditonton rakyat,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri sesi Town Hall Industri Kreatif Siri Kedua di sini tadi.

Mengulas perkara itu, Fahmi memberi bayangan untuk ada peraturan seperti Skim Wajib Tayang yang dikuatkuasakan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas).

“Kita simpati dengar nasib pengusaha animasi itu yang macam disisih negara sendiri namun saya akan bincang dengan semua operator penyiaran untuk cuba bantu,” katanya.

Sehubungan itu, beliau memberi gambaran akan membawa isu ini kepada Kementerian Kewangan agar syarikat animasi diberikan insentif menjual kepada stesen di negara ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI