fbpx

Kuota 60,000 tan metrik minyak masak kekal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menegaskan kuota minyak masak sebanyak 60,000 tan metrik adalah kekal selain tiada cadangan mengurangkan kuota itu kepada 40,000 tan metrik sebulan.

KPDN dalam satu kenyataan berkata, jumlah kuota 60,000 tan metrik itu yang bersamaan 60 juta pek minyak masak bersubsidi 1 kilogram adalah mencukupi sekiranya digunakan oleh isi rumah sahaja.

“Bagaimanapun, hasil pemeriksaan harian mendapati kerap berlaku kekurangan minyak masak bersubsidi di kawasan tertentu.

“Situasi itu banyak dipengaruhi oleh faktor-faktor lain terutama pembelian oleh golongan bukan isi rumah serta pembukaan sektor perniagaan yang menggunakan minyak masak dalam perniagaan mereka.

“Ia juga melibatkan syarikat pembungkus yang tidak beroperasi pada tahap maksima, masalah pengedaran, tindakan kes oleh KPDN sendiri selain digunakan bagi pelbagai program anjuran kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

KPDN berkata demikian sebagai memberikan penjelasan lanjut berhubung isu kuota minyak masak subsidi yang mungkin akan dikurangkan kepada 40,000 tan metrik sebulan yang dilaporkan oleh media arus perdana baru-baru ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI