fbpx

Kerajaan negeri Perak mohon penambahan PPR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sandrea (tengah) bercakap pada sidang akhbar di Taiping, Perak hari ini. Foto oleh WAT KAMAL ABAS/ KOSMO!

TAIPING – Kerajaan negeri Perak sedang bekerjasama dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi memohon untuk menambah bilangan rumah di bawah Projek Perumahan Rumah Rakyat (PPR) di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Perak, Sandrea Ng Shy Ching berkata, terdapat lebih 2,000 permohonan baharu daripada orang ramai bagi mendapatkan rumah PPR.

“Ramai yang memerlukan rumah PPR dan giliran itu sangat panjang, jadi kita minta KPKT dapat segera membuat pertimbangan ke atas permohonan baru untuk PPR di Perak.

“Kita juga sedang merancang untuk melakukan penambahbaikan dalam sistem penyewaan yang sedia ada supaya lebih ramai pemohon baru dapat dipertimbangkan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan bas elektrik (EV) milik Majlis Perbandaran Taiping di pekarangan Zoo Taiping di sini hari ini.

Menurut Sandrea, konsep asal rumah PPR adalah sebagai sebuah rumah transit untuk golongan B40 bagi meringankan bebanan mereka khususnya dalam perumahan.

“Sebab itu penambahbaikan skim penyewaan yang sedia ada perlu dikaji bagi memendekkan masa setiap permohonan baharu supaya tidak perlu menunggu masa yang lama dan diberi peluang kepada mereka untuk menyewa rumah PPR,” katanya.

Tambahnya, dasar perumahan di Perak mewajibkan tanah perumahan berkeluasan lebih daripada 8 hektar perlu mewujudkan skim perumahan mampu milik, kos rendah dan sederhana sebagai satu cara untuk memastikan golongan B40 dapat membuat pilihan bagi memiliki rumah sendiri.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, kerajaan negeri akan membuat kajian terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan terhadap tanah berstatus 99 tahun yang bakal tamat tempohnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI