PENYANYI dan pelakon Ong Seong-wu mengejutkan ramai peminat apabil membotakkan kepalanya sebelum menyertai perkhidmatan ketenteraan wajib.
Seong-wu tampil dengan imej baharu tersebut ketika bersiaran langsung dalam YouTube.
Biarpun ramai yang terkejut dengan potongan rambut baharu penyanyi berusia 28 tahun itu, tetapi dia tetap menerima pujian.
“Wah! Dia kelihatan sangat tampan walaupun rambutnya dicukur sehingga botak.
“Bagaimana dia masih kelihatan lebih kacak dengan rambutnya yang dicukur?
“Inilah sebabnya mengapa dia menjadi seorang selebriti kerana wajahnya tetap tampan walaupun tiada rambut,” demikian komen-komen peminat setia yang tetap jatuh cinta melihat penampilan terbaharu Seong-wu.