fbpx

Jangan jadikan mercun ‘hidangan’ sambut raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN
AHMAD SHAHERMAN SHAMSURI,
WARTAWAN EKSEKUTIF

BERMULA 1 Ramadan lalu, hampir setiap pelusuk kawasan di ibu kota kedengaran bunyi mercun dan percikan bunga api.

Bukan setakat di kejiranan Projek Perumahan Rakyat (PPR), malah hampir setiap taman perumahan akan ada individu yang bermain mercun dan bunga api.

Pelbagai ‘alunan’ bunyi daripada jenis bawang hingga saiz meriam. Memang tidak dinafikan seronok apabila dapat bermain mercun kerana penulis juga pernah melalui pengalaman sama.

Namun, sama ada sedar atau tidak, kita sedang membakar duit’ kerana setiap mercun dibeli menggunakan wang.

Dalam media sosial, ramai yang merayu supaya wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dibenar dikeluarkan kerana kesempitan wang untuk menyambut raya.

Namun, bila melihat keghairahan orang ramai bermain mercun dan bunga api, penulis tidak melihat rakyat benar-benar susah ketika ini.

Buktinya, selain membakar mercun dan bunga api, bazar Ramadan dan pusat beli-belah juga sesak.

Jika benar ramai yang dalam kesusahan, pastinya keme­riahan pesta mercun, bunga api serta keghairahan orang ramai membeli-belah bagi menyambut Aidil­fitri tidak dapat kita lihat pada tahun ini.

Tidak dinafikan memang ada individu yang dalam kesempitan, namun bagi penulis yang meru­ngut di media sosial itu lebih ramai yang ‘buat-buat susah’.

Jika benar-benar susah, hentikanlah segera pembakaran mercun yang secara terang-terangan membakar duit dan membazir.

Simpan wang tersebut untuk kegunaan yang lebih penting pada masa akan datang.

Seperti perkongsian oleh Pensyarah Pengurusan Halal dan Pentadbiran Muamalat dan kewangan Islam, Pusat Pengajian Perniagaan Islam (IBS), Universiti Utara Malaysia, Dr. Mohd. Farihal

Osman, beliau memberitahu, membeli mercun adalah satu pembaziran kerana membeli barang membawa kemudaratan.

Ini kerana, katanya, Islam sendiri amat melarang sebarang perbuatan mendatangkan membazir apatah lagi yang membawa mudarat kepada diri sendiri dan orang lain.

“Kelaziman umat Islam membakar mercun bagi meraikan Aidilfitri ini adalah sikap negatif dan perlu dielakkan, apatah lagi ia perbuatan membazir yang dinisbahkan kepada amalan syaitan dan amat ditegah di dalam Islam.

“Walaupun pelbagai keburukan dan bahaya mercun digembar-gemburkan sejak sekian lama, namun masyarakat kita tetap ingin membeli bahan letupan itu walaupun menyedari le­bih banyak kesan buruk boleh berlaku berbanding dengan kesan positif,” ujarnya.

Justeru Mohd. Farihal ber­kata, mercun adalah permainan atau hiburan tidak sepatutnya dijadikan ‘hidangan’ untuk me­nyambut Aidilfitri.

“Banyak perkara buruk boleh berlaku dan menimpa individu yang bermain mercun terutama kanak-kanak kerana boleh menyebabkan kecederaan dan kecacatan kekal seperti dilaporkan dalam media saban tahun.

“Atas sebab itu, perbelanjaan yang membazir dan membawa mudarat kepada diri serta orang lain seperti membeli mercun atas alasan ingin memeriahkan suasana Syawal dan Aidilfitri patut dihentikan,” ujar beliau.

Pada pandangan penulis, cukup-cukuplah membazir, gunakan wang secara berhemah, kita tidak tahu apa akan terjadi pada masa akan datang. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI