fbpx

Jalan Batang Kali-Genting Highlands boleh diguna pertengahan tahun depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SHAH ALAM – Kerja-kerja membaiki cerun dan jalan di Batang Kali-Genting Highlands dijangka siap pada pertengahan tahun depan.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani Selangor, Ir. Izham Hashim berkata, peruntukan lebih RM20 juta telah diluluskan di bawah Jabatan Kerja Raya Selangor bagi kerja-kerja tersebut.

 

Izham (enam dari kiri) bersama peserta bengkel tersebut. Foto oleh AFIQ RAZALI/ KOSMO!

“Kita siapkan dulu tembok atau dinding penahan dan teknologi diguna pakai adalah sesuai dengan kawasan itu yang sempit dan bertahan lebih baik.

“Kontraktor pun telah dilantik untuk melaksanakan kerja-kerja (cerun) itu termasuk jalan. Perlukan masa 10 bulan dan dijangka pertengahan tahun depan sudah boleh digunakan jalan itu,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Terdahulu, beliau merasmikan penutupan bengkel kajian semula pelan pengurusan Lembangan Sungai Berdepadu (IRBM) Lembangan Sungai Klang dan majlis berbuka puasa di Double Tree by Hilton Shah Alam, di sini.

Jelas Izham, pengguna diminta terus menggunakan laluan alternatif yang akan dikeluarkan pihak berkuasa.

Insiden tanah runtuh di jalan Batang Kali- Getting Highlands yang turut menarapkan sebahagian tapak perkhemahan Father’s of Organics pada Disember tahun lalu mengakibatkan 30 mangsa maut.

Susulan itu, laluan itu kemudian ditutup sejak 16 Disember lalu sebelum dibuka 6 Januari lalu bagi kegunaan pengguna jalan raya.

Pembukaan itu melibatkan Jalan Negeri B66 laluan Batang Kali-Genting Highlands Seksyen 10.4 serta melibatkan satu lorong dan terhad kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Jabatan Kerja Raya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI