fbpx

Harga tiket penerbangan sehala mahal beberapa hari sebelum raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Harga tiket bagi penerbangan domestik di negara ini dilihat lebih mahal beberapa hari sebelum menjelang Hari Raya Aidilfitri.

Tinjauan Kosmo! di sebuah laman sesawang sebuah syarikat penerbangan hari ini mendapati, syarikat tersebut meletakkan harga yang lebih tinggi bagi penerbangan terus sehala di beberapa destinasi domestik bagi kelas ekonomi.

Penerbangan ke Sabah bagi laluan sehala pada 19 April ini bagi kelas ekonomi mencecah RM1,123.94 dari Kuala Lumpur-Kota Kinabalu untuk penerbangan yang dijadualkan pada pukul 9.15 pagi dan pukul 10 malam.

Selain itu, penerbangan pada tarikh 20 April adalah bermula RM1,039.14, 21 April (RM904.52) dan 22 April (RM606.66) kesemua merupakan penerbangan sehala ke Kota Kinabalu, ini jelas memperlihat pengurangan sehingga menjelang hari raya.

Bagi penerbangan di Sarawak pula, bermula Kuala Lumpur-Kuching pula pada 19 April berjumlah RM1,025.36, 20 April (RM1,009.43) dan terus menjunam hingga separuh harga iaitu pada 21 April dengan harga RM572.74 dan 22 April (RM408.44).

Sementara itu, tinjauan bagi harga tiket ke bahagian utara pula menyaksikan kenaikan harga tiket tidak ketara iaitu penerbangan sehala bagi Kuala Lumpur-Pulau Pinang pada harga RM274.88, 20 April (RM325.26), 21 April (RM352.26) dan sedikit pengurangan pada 22 April iaitu RM299.26.

Manakala, Pantai Timur iaitu bagi laluan sehala tiket penerbangan paling mahal direkodkan adalah pada 19 April iaitu RM1,025.36, 20 April (RM1,009.43) selain berlaku penyusutan harga tiket iaitu RM572.74 pada 21 April manakala RM408.44 pada 22 April.

Namun, tinjauan bagi penerbangan Kuala Lumpur-Tawau pula mendapati laluan terus sahala pula hanya bagi kelas bisnes sahaja ditawarkan, paling mahal direkodkan iaitu RM2,863.40 pada 20 April manakala bagi tarikh 19 dan 21 April masing-masing RM2,031.30.

Penerbangan Kuala Lumpur-Tawau bagi kelas ekonomi hanya dapat diperolehi pada tarikh 22 April dengan harga bermula RM1,123.94.

Terdahulu, Bekas Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong mempertahankan dakwaannya bahawa harga tiket kelas ekonomi Kuala Lumpur-Tawau masih mencecah RM3,000.

Ka Siong menerusi hantaran di Facebook semalam berkata, ia dibuktikan menerusi tiga semakan berasingan di aplikasi Super App pukul 3.30 petang semalam mendapati harga tiket kelas ekonomi dipaparkan adalah RM3,138. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI