fbpx

Gadis Kampus: PTD kerjaya impian Emina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
EMINA

BERBICARA tentang cita-cita, semua orang mempunyai kerjaya impian untuk digapai.

Begitu juga dengan Emina Kulasic Bong Ei Min, 23, yang mempunyai hasrat menjawat jawatan sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD).

Bagi membolehkannya mengejar cita-cita tersebut, Emina yang berasal dari Sarawak memilih untuk melanjutkan pelajaran dalam jurusan Hubungan Antarabangsa di Universiti Utara Malaysia (UUM).

“Ketika berada di tingkatan enam, guru mata pelajaran Sejarah memberi cadangan supaya saya berkhidmat sebagai PTD.

“Ini kerana, kerjaya PTD membolehkan seseorang itu berkhidmat di luar negara, di samping menawarkan gaji yang agak tinggi.

“Apabila saya kaji tentang kerjaya ini, saya dapati PTD terlibat dalam bidang politik antarabangsa seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Persatuan Negara-negara Asia Tenggara dan lain-lain lagi.

“Itu yang menjadi motivasi kepada saya untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang hubungan antarabangsa.

“Major pengajian saya adalah berkaitan undang-undang antarabangsa,” katanya.

Tambahnya, setelah tamat pengajian kelak, dia berhasrat untuk memohon jawatan sebagai PTD jika ada rezeki.

Malah, dia tidak menolak kemungkinan untuk menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi di luar negara.

Emina merupakan salah seorang wakil MPP di UUM.

Dalam pada itu, Emina yang kini berada pada tahun terakhir pengajian berkata, pelajar jurusan hubungan antarabangsa berhadapan dengan cabarannya yang tersendiri.

Katanya, mereka perlu ke luar negara untuk mendapatkan pengalaman dan pendedahan.

“Sebagai contoh, kami kurang pendedahan berkaitan model persidangan PBB bagi mendapatkan pandangan setiap negara terhadap isu-isu seperti hak asasi manusia, peperangan dan sebagainya.

“Bagi mengatasi masalah ini, saya terpaksa menyertai kelab UUM Model United Nations yang diasaskan oleh pelajar senior.

“Kelab ini memberi peluang dan pendedahan kepada kami tentang bagaimana berlangsungnya setiap persidangan,” jelasnya.

Sementara itu, Emina merupakan seorang pelajar yang aktif dan dia merupakan salah seorang wakil Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) di UUM.

Menurutnya, dia menyertai MPP kerana tertarik dengan budaya pilihan raya kampus di UUM kerana mempunyai ‘suasana’ yang tersendiri.

“Selain itu, saya dapat melihat bagaimana pelajar-pelajar senior membantu mahasiswa baharu menghadapi pelbagai isu di dalam kampus.

“Saya juga mahu berbuat demikian dengan menjadi wakil kepada pelajar terutamanya membantu siswa dari Sarawak dan Sabah,” terangnya.

Emina tidak menafikan, dia sangat sibuk dengan pelbagai program di kampus setelah menjadi MPP.

Namun begitu, dia tidak menjadikan itu sebagai alasan untuk mengabaikan pelajaran.

“Walaupun sibuk dengan program MPP, namun ia tidak mengganggu pelajaran memandangkan saya kini tidak banyak kelas kerana berada di semester akhir.

“Jika saya tidak dapat hadir ke kelas kerana menghadiri program tertentu, saya akan cepat-cepat bertanya kepada rakan kelas atau berjumpa dengan pensyarah,” terangnya.

Tambahnya, dia akan pastikan dirinya tidak ketinggalan dalam pelajaran meskipun sibuk dengan urusan lain.

Berbicara tentang prinsip hidupnya, Emina menjelaskan, dia merupakan seorang yang memiliki sikap terbuka.

“Ketika zaman persekolahan, saya belajar tentang subjek moral dan banyak nilai-nilai murni yang saya belajar.

“Kita perlu terima orang lain dan terima diri sendiri.

“Sebagai contoh, saya turut berpuasa pada bulan Ramadan untuk memahami bagaimana kawan-kawan Muslim merasainya,” katanya.

Ujar Emina, melalui prinsip keterbukaan yang dipegangnya itu, dia turut bersama-sama meraikan peristiwa penting atau perayaan agama lain.

Ulasnya, perkara tersebut bukan satu halangan dalam kehidupan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI