BERITA sebelum ini yang menyatakan hubungan cinta penyanyi Dawn dan HyunA kembali bertaut adalah palsu.
Hal tersebut disahkan sendiri oleh Dawn dalam sebuah video yang dimuat naik saluran YouTube 1theK berjudul Look Me Up.
Pun begitu, penyanyi itu mengakui dia masih mencintai HyunA meskipun sudah berpisah dengan bekas kekasihnya sekitar enam bulan lalu.
“Kami akan menyokong satu sama lain tidak kira apa jua pilihan yang dibuat.
“Sama ada saya berpisah dengan HyunA atau kembali bersamanya, saya pasti akan menyayangi dia sebagai seorang manusia.
“Jadi, walaupun kami mengambil jalan yang sama sekali berbeza dan berakhir dengan orang lain pada masa hadapan, saya akan tetap jatuh cinta dengan HyunA,” luahnya.