fbpx

Berpisah bukan konten, publisiti produk – Zulin Aziz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZULIN memohon doa untuk dirinya mengharungi saat getir serta ruang dan masa bagi menyembuhkan rasa luka dalam hatinya.

PETALING JAYA – Pengacara Zulin Aziz menafikan krisis rumah tangga antaranya dengan suami, Farhan Norzaini bukan sengaja diada-adakan sebagai strategi pemasaran.

Zulin atau nama sebenarnya, Farah Azleenda Abdul Aziz berkata, tiada sebab untuknya menjaja soal serius seperti perkahwinan demi secebis publisiti murahan.

“Konten pemasaran, prank? Benda-benda sewaktu dengannya untuk apa?

“Saya tiada lagu nak keluar. Tiada produk nak lancar. Hal begini hanya orang gila sahaja buat gurauan.

“Saya mohon doa, hanya doa. Mental saya dah cukup koyak. Cukup-cukuplah jangan ditambah,” katanya menerusi muat naik terbaharu dalam Instastory.

Jelas bekas penyampai radio Suria FM itu lagi, dia kini tidak lagi tinggal sebumbung dengan suami namun enggan memberikan penjelasan lanjut atas apa yang terjadi.

“Mohon maaf tak dapat beri apa-apa penjelasan. Biar kami berdua yang tahu.

“Semoga Allah jaga rapat aib kami. Saya bersama keluarga sekarang. Beri saya ruang dan waktu untuk sembuh (healing),” coretnya.

Terdahulu, Zulin, 33, membuat pendedahan mengejut menerusi Instagram bahawa dia dan suami tidak lagi bersama dan sedang mencari jalan terbaik untuk berpisah. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI