fbpx

95 peratus pemandu silap sebut jenama BMW, Hyundai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Satu kajian mendapati ramai penduduk Britain gagal menyebut kereta BMW dengan sebutan yang betul. - BusinessLive

LONDON – Satu kaji selidik menunjukkan hampir semua pemandu di Britain gagal menyebut jenama BMW dengan betul, lapor portal berita MailOnline semalam. 

Firma broker sewa kenderaan, Select Car Leasing mendedahkan bahawa berdasarkan tinjauan terhadap 1,000 responden, sebanyak 95 peratus tidak mengetahui  cara untuk menyebut BMW dengan betul.

Syarikat pengeluar kereta itu, Bayerische Motoren Werke menyatakan bahawa cara betul menyebut jenama itu ialah ‘Bee-em-vee’.

Selain BMW, pemandu Britain juga mengalami kesukaran untuk menyebut dengan betul jenama kereta Hyundai yang mereka sebut sebagai ‘Hiyun-dai’ dan bukan ‘Hun-day’.

Hanya enam peratus pemandu kenderaan dalam tinjauan itu berjaya menyebut nama Hyundai dengan betul.

Jenama permotoran yang paling mudah disebut penduduk Britain ialah Renault dengan 44 peratus daripada mereka menyebutnya sebagai ‘Reh-noh’.

Dalam pada itu, kereta  Skoda sepatutnya  disebut sebagai ‘Schkoda’ tetapi 89 peratus orang tidak dapat menyebutnya dengan betul.

Jenama kereta yang paling sukar disebut ialah Volkswagen dengan hanya sembilan peratus penduduk Britan berjaya menyebutnya dengan betul. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI