fbpx

[VIDEO] SK Ujong Batu rosak teruk akibat ribut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan SK Ujong Batu di Kangar yang terjejas teruk akibat ribut petang tadi.

KANGAR – Sekolah Kebangsaan (SK) Ujong Batu di sini mengalami kerosakan teruk pada bahagian bumbung akibat diterbangkan angin kuat kira-kira pukul 2.20 petang tadi.

Menteri Besar Perlis, Mohd. Shukri Ramli melawat sekolah tersebut selain beberapa lokasi lain termasuk tapak Bazar Aidilfitri Kangar Jaya yang terjejas akibat bencana itu.

Seorang penduduk, Khuraisah Aminuddin, 35, berkata, kejadian berlaku dengan pantas dan dia terkejut apabila mendapati bahagian bumbung sekolah rosak teruk.

“Bumbung tercabut dan tercampak di kawasan berhampiran, nasib baik hari ini cuti hujung minggu tiada pelajar di sekolah. Kalau ada pelajar mungkin keadaan jadi lebih buruk,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, sebanyak 23 laporan kerosakan diterima akibat kejadian ribut melanda kawasan Arau dan Kangar petang tadi.

Urusetia Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri dalam satu kenyataan berkata, kejadian ribut petir, hujan lebat dengan angin kencang berlaku dalam jangka masa singkat antara pukul 2.20 petang hingga 3 petang.

“Jumlah kerosakan direkodkan setakat pukul 6 petang sebanyak 23 laporan melibatkan kediaman dan bangunan sekolah. Turut terjejas premis perniagaan dan gerai penjaja terutama bazar Ramadan di kawasan terlibat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI