fbpx

Tempe ikan bilis goreng RM15 sebungkus dipenuhi ulat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tempe ikan bilis goreng dipenuhi ulat yang dibeli seorang pengguna untuk juadah berbuka puasa di Temerloh semalam.

TEMERLOH – Hasrat sebuah keluarga menikmati tempe ikan bilis goreng ketika berbuka puasa tidak kesampaian apabila makanan yang dibeli di Bazar Ramadan Temerloh itu dipenuhi ulat.

Khairul Azmi Abdul Ghani, 33, berkata dia amat terkejut apabila ternampak ulat yang agak banyak ketika hendak membuka tempe ikan bilis goreng daripada plastik.

“Kami memang jarang ke bazar Ramadan dan kebetulan berada di Temerloh semalam, isteri saya singgah di bazar Ramadan ber­kenaan membeli juadah berbuka puasa termasuklah tempe ikan bilis goreng.

“Kami bernasib baik kerana tidak termakan tetapi kecewa dengan juadah yang dijual peniaga berkenaan dan saya terus membuang makanan ber­kenaan,” katanya di sini semalam.

Menurut Khairul Azmi, isterinya memang tidak perasan tempe ikan bilis goreng yang berharga RM5 sebungkus itu sudah dipenuhi ulat ketika membeli.

Katanya, pengalaman membeli juadah berulat berkenaan membuatkan dia serik untuk membeli makanan di bazar Rama­dan.

“Saya berharap aspek kebersihan ini dapat diberi perhatian oleh peniaga yang sepatutnya berniaga dengan ikhlas.

“Saya juga berharap pihak berkuasa berkaitan sentiasa melakukan pemantauan berterusan terhadap peniaga makanan,” ujarnya.

Sementara itu Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr. Nor Azimi Yunus berkata, pihaknya akan melakukan siasatan terhadap aduan berkenaan dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pihak bertanggungjawab.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI