TARIKH 18 April akan menjadi momen untuk diingati buat pelakon Puteri Sarah apabila suaminya, Syamsul Yusof dijangka melafazkan cerai terhadapnya.
Iyalah, rumah tangga yang sebelum ini bahagia kini terlerai kerana kemunculan pihak ketiga.
Walau bagaimanapun, pada masa sama ramai yang menyokong keputusan Puteri Sarah untuk meneruskan kehidupan sendiri bersama anak-anak.
Terharu dengan sokongan diterimanya, pelakon itu meminta agar orang ramai mendoakan semua urusan yang akan berlangsung pada 18 April ini berjalan lancar.
“Semoga saya dilepaskan dengan cara yang baik dan hidup tenang serta bahagia dengan anak-anak.
“Doakan saya supaya semuanya dipermudahkan sebab saya sudah penat,” katanya dalam siaran langsung TikTok baru-baru ini.
Harapnya semua yang diinginkan Puteri Sarah dimakbulkan dan diberikan kekuatan dalam menjalani kehidupan mendatang.
DIVA: Geram dengan sikap seorang penyanyi muda, suka jawab soalan ‘main-main’. Rasa menyampah pula dengan cara dia.