fbpx

Pulang beraya jangan bawa sekali Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BUAT kawalan kendiri bagi menjaga diri daripada Covid-19. – GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Pergerakan massa dalam suasana yang tertutup lebih-lebih lagi pada Hari Raya Aidilfitri akan meningkatkan lagi risiko jangkitan pandemik Covid-19.

Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia, Prof. Dr. Mohamed Rusli Abdullah berkata, penularan ini lebih berisiko buat golongan komorbid khususnya mereka yang menghidap diabetes.

“Pada bulan Ramadan ini, kita lihat ramai yang menunaikan umrah.

“Jadi kita tidak tahu varian apa yang sedang menular dalam masyarakat kita.

“Kita bimbang strain baharu dari negara-negara lain mungkin wujud. Tambah pula, kita tidak lagi melakukan saringan untuk mereka yang balik atau datang dari luar negara.

“Golongan komorbid seperti mereka yang menghidap diabetes akan terkesan lebih teruk kerana melibatkan pelbagai jenis organ badan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Tambah Mohamed Rusli, pada masa kini, vaksin yang diterima juga masih tidak diketahui keberkesanannya untuk melawan jangkitan dan keperluan vaksin penggalak juga perlu dikaji.

Sehubungan itu, ujarnya, setiap individu perlu menjalankan pengawasan kendiri dan tidak bergantung kepada pihak kerajaan atau pihak berkuasa semata.

Katanya, ini bukan sahaja ­Covid-19, malahan juga pada semua penyakit berjangkit yang boleh menular jika tiada kawalan kendiri.

Oleh kerana faktor ekonomi ujarnya, mustahil negara akan menjalankan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Kata Dr. Mohamed Rusli, dalam hal ini, orang ramai boleh lakukan langkah-langkah seperti pada musim pandemik lalu.

“Kepada anak-anak dari perantauan, saya tekan tekankan agar mereka sentiasa ambil langkah berjaga-jaga.

“Pakai pelitup muka, pastikan anggota badan terutamanya tangan sudah disanitasi. Mereka yang bergejala mempunyai tanggungjawab yang amat besar agak orang lain tidak dijangkiti.

“Masyarakat sekarang bila perlu pakai pelitup muka, mereka bandingkan dengan luar negara. Itu perbandingan tidak kena pada tempatnya,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI