NASHVILLE, Tennessee – Polis di Tennessee, Amerika Syarikat (AS) terpaksa mengejar seekor emu peliharaan sejauh 31.28 kilometer (km) untuk menangkapnya selepas haiwan itu bertindak melarikan diri, lapor portal berita MailOnline semalam.
Burung yang tidak dapat terbang itu terkenal sebagai salah satu daripada haiwan terpantas di dunia. Ia mampu berlari pada kelajuan sehingga 64.37 km sejam.
Pemilik emu tersebut, Harry McKinney berkata, haiwan peliharaan itu melarikan diri dari ladangnya di Roane County pada Rabu lalu selepas ditakutkan oleh pekerja binaan di belakang rumahnya.
Burung itu melompat setinggi 2.13 meter dan berlari melalui bandar Harriman.
Jabatan Polis Harriman dengan pantas mengejar haiwan itu sebelum ia berjaya ditangkap. McKinney kemudian memasukkan emu peliharaannya ke dalam traknya. – Agensi