fbpx

Peneroka Felda harap kerajaan beri duit raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kebun sawit peneroka yang diusahakan oleh para peneroka di Felda Triang, Bera.

KUANTAN – Ketika pelbagai pihak termasuk petani dan penjawat awam menerima bonus raya, peneroka Felda berasa bagaikan terpinggir apabila tiada sebarang duit raya untuk mereka pada tahun ini.

Justeru rata-rata peneroka Felda masih menaruh harapan agar kerajaan khususnya Felda dapat mempertimbangkan pemberian duit raya bagi meringankan beban mereka susulan hasil sawit yang semakin berkurangan.

Ketua Peneroka Felda Jengka 24, di Maran, Razak Daud berkata, peneroka Felda masih menaruh harapan tinggi agar kerajaan dapat memberikan bantuan duit raya kepada peneroka.

“Setakat ini tidak ada dengar peneroka akan dapat duit raya seperti sebelum ini tetapi semua peneroka masih menaruh harapan tinggi.

“Jika banyak pihak seperti petani dan penjawat awam juga dibantu dengan duit raya jadi golongan peneroka juga berharap dapat duit raya,” katanya di sini semalam.

Kata Razak, peneroka amat memerlukan bantuan memandangkan pada masa ini hasil sawit amat berkurangan berbanding sebelum ini ditambah dengan harga purata hanya RM800 bagi satu metrik tan.

Jelasnya, dengan bantuan duit raya dapat meringankan beban peneroka dalam menyediakan persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga.

“Pada masa ini hasil peneroka dalam dua hingga tiga tan sebulan berbanding lapan hingga 10 tan sebelum ini yang menyebabkan peneroka hanya mendapat pendapatan bersih dalam kira-kira RM1,000 sebulan.

Dalam pada itu Ketua Pene­roka Felda Triang Satu di Bera, Mohamad Jidi Yaakob berkata, dengan keadaan kos sara hidup yang meningkat pada masa ini sudah tentu peneroka terbeban dalam menyediakan persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Justeru katanya pemberian duit raya yang sebelum ini sering diterima peneroka amat diharapkan yang dapat memberikan ke­gembiraan kepada mereka.

“Kami rayu kerajaan dapat mempertimbangkan duit raya seperti penjawat lain dan pe­neroka lain yang dapat,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI