fbpx

Muka budak melecur, cawan ramen terbalik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan Rizqi selepas melecur terkena air panas.

PETALING JAYA – Sayu hati seorang ibu apabila melihat anaknya melecur di bahagian muka akibat terkena air panas sehingga dikejarkan ke Hospital Temerloh, Pahang.

Menerusi hantaran video yang dikongsi Rina Nana, memaparkan anaknya yang berusia dua tahun telah terkena air panas rendaman ramen di dalam ‘cup’ (cawan).

Menurutnya, pada malam kejadian, dia teringin menjamah ramen di dalam cawan yang dibeli.

“Rina baru balik dari dobi Selasa malam, lepas itu sampai di rumah Rina nampak ramen dalam cawan. Tak tahu kenapa hati rasa nak sangat makan ramen, Rina capai ramen pergi dapur dan panaskan air,” katanya.

“Lepas panaskan air dan nak tunggu menggelegak, Rina duduk dengan anak depan televisyen. Tak sampai beberapa saat, Rina ke dapur untuk buang sampah, bila Rina pusing, tengok Anaqi sudah capai ramen yang ada air panas,” katanya.

Jelas Rina, dia yang terkejut dengan keadaan itu, tidak sempat untuk menyambut ramen berkenaan seterusnya terkena pada muka dan dada anaknya, Rizqi Anaqi.

wanita itu kemudian membawa anaknya ke Klinik Kesihatan Maran sebelum dirujuk ke Hosiptal Temerloh.

“Keadaannya lecur 70 peratus. Rizqi juga terpaksa menjalani pembedahan bagi mencuci luka,” ujarnya.

Tambahnya, kejadian tersebut merupakan satu pengajaran buat dirinya untuk lebih berhati-hati untuk masa akan datang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI