fbpx

Lebih RM3 juta bunga api, mercun dirampas, 120 orang ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Seramai 120 orang ditahan atas kesalahan melanggar syarat, tidak mempunyai lesen dan menjual bunga api yang tidak dibenarkan dalam tempoh dua minggu lalu.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (SUPM), Datuk Noorsiah Mohd. Saaduddin berkata, anggaran nilai keseluruhan rampasan berjumlah lebih RM3 juta bagi tempoh 28 Mac hingga 9 April lepas.

“Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga menerima sebanyak 6,526 permohonan bagi mendapatkan lesen menjual bunga api dan mercun sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

“Daripada jumlah tersebut sebanyak 5,188 permohonan diluluskan dan 1,338 ditolak kerana tidak memenuhi syarat yang ditetapkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, kesemua kes disiasat di bawah Seksyen 8, Akta Bahan Letupan 1957 yang memperuntukkan hukuman penjara tujuh tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Ujar Noorsiah, pemantauan dan pemeriksaan menyeluruh serta berterusan sedang giat dilaksanakan di seluruh negara termasuk penjualan secara atas talian melalui platform media sosial serta e-dagang.

“Orang ramai diingatkan supaya tidak terlibat dengan penjualan bunga api dan mercun secara haram, tindakan tegas akan diambil berdasarkan undang-undang sedia ada,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI