fbpx

Krisis Sudan: 29 warga Malaysia selamat, kedutaan beroperasi dari rumah duta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEJABAT Kedutaan Malaysia di Kompleks Petronas Sudan berpindah sementara ke Rumah Malaysia di Khartoum susulan krisis politik di negara itu. - Foto Wisma Putra

PUTRAJAYA – Kementerian Luar memantau rapi perkembangan krisis di Sudan susulan pertempuran pasukan tentera negara itu dengan kumpulan Rapid Support Forces (RSF).

Menerusi kenyataan Wisma Putra di sini awal pagi tadi, pihak Kedutaan Besar Malaysia di Khartoum mengesahkan sebahagian besar bandar raya di ibu kota itu masih tegang.

“Setakat ini kesemua 29 rakyat Malaysia yang berada di Sudan, dengan kebanyakan ialah pelajar institusi pengajian tinggi, disahkan berada dalam keadaan selamat,” jelasnya.

Krisis di negara rantau timur benua Afrika itu bermula pada Khamis lalu apabila pasukan tentera kebangsaan menuduh RSF melakukan aktiviti yang menyalahi undang-undang.

Ketegangan ini membawa kepada pertempuran di Khartoum dan media melaporkan 10 askar dari kedua-dua pihak bertelagah itu maut manakala 30 orang awam juga terbunuh.

Mengulas lanjut, Wisma Putra berkata, pihak kedutaan ketika ini sedang berhubung rapat dengan semua warga Malaysia dan turut menawarkan bantuan konsular yang sewajarnya.

“Kedutaan yang terletak dalam Kompleks Petronas Sudan di Block 7, Nile Avenue, telah pun berpindah operasi buat sementara waktu di kediaman Duta Besar,” katanya.

Turut dikenali sebagai Rumah Malaysia dan terletak di House 17, Blok B21, Street Khalifa Abdullah, Daerah Al Riyadh, ia boleh dihubungi terus melalui telefon di +249 90 075 3633 dan +249 18 328 6379 atau menerusi e-mel rasmi [email protected]. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI