fbpx

Jerebu: Menteri Kesihatan nasihat penduduk Sekijang berhati-hati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zaliha

PETALING JAYA – Penduduk di kawasan Sekijang, Segamat, Johor dinasihatkan untuk berhati-hati berikutan keadaan jerebu yang berlaku ketika ini.

Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa dalam sebuah video yang dimuat naik di TikTok berkata, keadaan jerebu di kawasan itu agak teruk apabila bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) semalam menunjukkan bacaan sekitar 145 ke 150.

“Diingatkan kepada penduduk supaya berhati-hati kerana jerebu tidak baik untuk kesihatan dan boleh menyebabkan penyakit seperti radang.

“Apabila kita berada di luar rumah, jerebu ini merupakan partikel udara yang ada asap dan sebagainya yang boleh menyebabkan iritasi kepada mata, hidung dan sebagainya,” katanya di sini hari ini.

Menurut Zaliha lagi, asap jerebu boleh menyebabkan seseorang itu mengalami kegatalan pada hidung serta mata dan boleh mendapat gejala sakit tekak atau selesema.

“Berhati-hati jangan keluar rumah jika tiada keperluan,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim sedang bersiap siaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan sekiranya berlakunya fenomena jerebu ekoran cuaca panas yang melanda Semenanjung negara kini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI