fbpx

Jangan panik, bahan mentah cukup menjelang Aidilfitri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salahuddin (dua dari kiri) melihat menu roti john yang dijual pada harga rahmah di Bazar Ramadan Rahmah Kelantan di Stadium Muhammad IV, Kota Bharu sebentar tadi. FOTO KAMARUL BISMI KAMARUZZAMAN

KOTA BHARU – Rakyat Malaysia dinasihatkan agar tidak panik apabila semua bahan mentah yang dijual di pasaran ketika ini mencukupi untuk menampung keperluan pengguna menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) sebelum ini sudah memberi jaminan bahawa bekalan tersebut ada di pasaran.

“Rakyat dinasihatkan agar tidak panik semasa membeli bekalan apabila bahan mentah seperti ayam, telur dan sayur-sayuran cukup dalam tempoh beberapa hari ini.

“Ayam, telur dan sayur-sayuran ketika ini mencukupi dan rakyat perlu gembira untuk berbelanja pada harga rahmah sempena Hari Raya Aidilfitri ini,” katanya pada sidang akhbar selepas melawat Bazar Ramadan Rahmah Kelantan di Stadium Muhammad IV di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Salahuddin memberitahu, rakyat juga perlu merujuk Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Puasa (SHMMP) 2023 untuk memeriksa senarai harga bahan mentah terkawal yang ditetapkan kerajaan.

Menurutnya, jika berlaku kenaikan harga bahan mentah yang melampau, rakyat perlu melaporkan kenaikan itu dengan segera.

“KPDN sentiasa menjalankan penguatkuasaan untuk memantau segala aduan sekiranya terdapat kenaikan harga barangan di pasaran setiap hari.

“Aduan perlu secara spesifik terutamanya melibatkan bahan mentah yang menjadi kegunaan asas rakyat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI