fbpx

Eskayvie sumbang juadah, duit raya kepada 600 penghantar barang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kartika Wati menyerahkan duit raya dan salah seorang penghantar barangan di ibu pejabat syarikat di Shah Alam baru-baru ini.

PETALING JAYA –   Eskayvie Sdn. Bhd. (Eskayvie), pengeluar produk penjagaan kesihatan, telah menganjurkan program Bingkisan Raya Rider 2023 di ibu pejabat syarikat di Seksyen 13, Shah Alam baru-baru ini.

Sumbangan berupa juadah hari raya dan duit raya daripada Yayasan Eskayvie itu adalah salah satu cara syarikat menyumbang semula kepada masyarakat yang memerlukan dalam persiapan seluruh masyarakat Islam membuat persiapan untuk menyambut 1 Syawal.

Lebih daripada 600 penghantar makanan atau bungkusan telah mendapat manfaat daripada program yang dihadiri oleh Pengarah Urusan Eskayvie, Kartika Wati Mohamed bersama duta produknya, Datuk Aznil Nawawi.

“Tugas rider  yang juga pekerja barisan hadapan menjalankan perkhidmatan penghantaran sebenarnya sangat mulia kerana membantu memudahkan urusan orang lain. 

“Namun begitu, mereka juga sangat terdedah kepada pelbagai risiko seperti penyakit dan kemalangan.

“Oleh itu, Eskayvie ingin memberikan sokongan dan suntikan semangat kepada mereka agar  dapat terus memberikan perkhidmatan dengan baik,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Selain itu, syarikat turut mengagihkan produk Eskayvie Afeeya Cafe kepada kumpulan penghantar barangan tersebut untuk membantu meningkatkan tahap kesihatan badan masing-masing,

Eskayvie Afeeya Cafe membantu mereka lebih bertenaga dan kekal fokus terutamanya ketika berada di jalanan. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI