fbpx

Enam cedera, Mitsubishi Pajero jatuh gaung 10 meter

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan beberapa mangsa yang cedera (kiri) dan kenderaan mereka yang terjatuh 10 meter ke dalam gaung (kanan).

HULU SELANGOR – Seramai tujuh individu termasuk lima kanak-kanak berdepan detik cemas apabila kenderaan dinaiki mereka terjatuh ke dalam gaung sedalam 10 meter di Rawang Bypass, Serendah menghala ke Kuala Lumpur, di sini, semalam.

Pengarah Bomba Selangor, Morni Mamat berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 3.58 petang.

Menurut beliau, seramai enam anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu digerakkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Harashid Rosli di lokasi, terdapat kemalangan melibatkan sebuah kereta pacuan empat roda jenis Mitsubishi Pajero Sport.

“Kenderaan tersebut jatuh ke dalam gaung dengan kedalaman anggaran 10 meter kecuraman.

“Enam individu cedera ringan dalam kemalangan itu iaitu pemandu lelaki berusia 30-an, dua kanak-kanak lelaki (empat dan lima tahun) dan tiga kanak-kanak perempuan (enam, lapan dan 12 tahun),” katanya dalam kenyataan, semalam.

Tambah Morni, tiga lagi kanak-kanak perempuan berjaya dibawa keluar oleh orang awam sebelum anggota bertugas tiba manakala seorang lagi mangsa iaitu wanita berusia 30-an tidak mengalami kecederaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI